Wednesday, November 4, 2009

SOALAN SIDANG BAJET 2009

2. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai jumlah warga asing yang telah tinggal lebih masa di negara kita dan apakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan Visa Waktu Ketibaan (VOA).

Monday, July 21, 2008

SOALAN SIDANG OGOS

1. Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI nyatakan nisbah penggunaan beras oleh penduduk negara ini mengikut gred yang ditetapkan pihak kerajaan.

2.Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta MENTERI PENGANGKUTAN nyatakan

(a) jumlah trip purata mingguan bas ekspres antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur sejak tahun 2005 hingga sekarang

(b) jumlah saman trafik yang dikeluarkan kepada pemandu bas ekspress bagi perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur bagi tempoh yang sama.

3. Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan keberkesanan projek menghalang hakisan pantai di negeri Kelantan.

4. Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta MENTERI PERTAHANAN nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menjaga keselamatan nelayan tempatan yang beroperasi di kawasan perairan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

5. Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA nyatakan langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan bagi memastikan supermarket dan hypermarket memberi peluang pasaran kepada produk keluaran tempatan (industri desa) pada kadar yang munasabah.

6. Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [Ketereh] minta MENTERI KEWANGAN nyatakan jumlah peruntukan (dalam bentuk projek) yang disalurkan melalui Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) di seluruh Kelantan bagi tempoh 2005 hingga 2008.

Tuesday, May 20, 2008

AHLI PARLIMEN


~~ MAKLUMAT ~~

Nama

Ab Aziz bin Ab Kadir, Y.B. Tuan Haji

Jawatan dalam Kabinet

Tiada

Parti

PKR

Parlimen

P026

Kawasan

Ketereh

No. Telefon

No. Fax

E-Mail

ketereh@parlimen.gov.my

Alamat Surat-menyurat